Pada masa dahulu, terdapat dua ekor katak yang bernama Baba dan Remi. Baba tinggal di bawah sebuah tempurung di negeri AliVava dan Remi tinggal di sebuah pondok di negeri Doremi. Negeri Doremi berdekatan dengan negeri AliVava. Baba sedang bermain di sebuah kolam yang terletak di Bukit Botak apabila dia ternampak Remi.
Remi dan Baba asyik bergaduh apabila mereka berjumpa.
"Eh, Remi Goreng!" ejek Baba sambil tersenyum.
Remi melompat ke arah Baba. Dia kelihatan marah. Apabila Remi sedang melompat tinggi-tinggi, kepalanya terhentak sebuah pokok. Baba ketawa terbahak-bahak. Remi terpekik seperti seorang gadis. Baba datang untuk menolongnya.
"Ini semua kau punya pasal. Minta maaf sekarang, kalau tidak, aku beritahu ibuku! Dia garang tau." Remi memarah Baba sambil air mata mula mengalir dari matanya.
Baba meminta maaf kerana dia takut ibu Remi akan memberitahu bapanya. Baba mengajak Remi untuk bermain bersamanya. Mereka berdua sungguh berseronok apabila mereka bermain di kolam itu. Remi memberitahu Baba bahawa dia tidak ada kawan. Remi fikirkan bahawa dia seorang yang bodoh, pemalas dan tidak kacak. Remi juga fikirkan bahawa dia hanya ada seorang ibu. Baba tersenyum, dia mengatakan bahawa Remi tidak ada kawan kerana dia sombong dan bukan sebab dia seorang yang bodoh, pemalas dan tidak kacak.
Baba juga memberitahunya bahawa bapanya masih hidup tetapi dia telah ke negeri Wow untuk bekerja supaya dia dapat menjaga dan membesarkan Remi. Remi menggaruk kepalanya, dia tidak tahu yang dia sombong dan bapanya masih hidup. Remi tidak pernah menanya ibunya tentang ayahnya. Remi menanya Baba bagaimana dia tahu bapanya di mana. Baba kata yang bapanya pun pergi ke negeri Wow untuk bekerja dengan bapa Remi. Hais, Remi memang seperti katak di bawah tempurung.
Pro ah Zai!
BalasPadam