Ahad, 23 Januari 2011

Persiapan peperiksaan PSLE.

Saya berasa takut dan cemas untuk peperiksaan PSLE ini. Saya akan belajar setiap hari supaya saya boleh lulus peperiksaan PSLE pada bulan September ini. Saya harus rajin mengulang kaji dan tidak berputus asa jikalau saya gagal ujian-ujian lain. Pada hujung minggu, saya akan belajar Matematiks dan Sains pada hari Sabtu dan saya akan belajar bahasa Melayu dan Inggeris pada hari Ahad. Apabila saya pulang dari sekolah, saya akan membuat kerja rumah saya dan kemudian saya akan belajar hingga saya berasa penat dan hendak tidur. Kadang-kala, saya akan bermain atau menonton televisyen apabila saya berasa terlalu penat belajar. Saya akan meneruskan pelajaran saya hingga peperiksaan PSLE tiba. Walaupun saya berasa taku dan cemas, saya tidak sabar untuk peperiksaan PSLE.

Rabu, 12 Januari 2011

Tentang diri saya

Nama saya Zaideen. Umur saya 11 tahun. Saya gemar berenang kerana ia adalah sesuatu aktiviti yang sihat dan menarik.Saya ada tiga abang. Makanan kegemaran saya adalah nasi goreng dan mee rebus. Terdapat pelbagai sukan yang saya gemar bermain seperti bola sepak, bola keranjang dan banyak lagi.

Saya hendak mendapat agregat 260 untuk peperiksaan PSLE. Saya hendak gred A untuk bahasa Melayu, gred A untuk bahasa Inggeris, gred B untuk Matematik, gred A untuk Sains dan gred Distinction untuk bahasa Melayu Lanjutan.