Rabu, 31 Ogos 2011

Ucapan Hari Guru

Kepada semua guru,

Jambatan panjang di Batang Rajang,
Sungainya banyak udang dan ikan,
Kepada pendidik di bumi kenyalang,
Selamat Hari Guru saya ucapkan.

Jenuh ke pantai mencari lokan,
Mencari rezeki perut bergendang,
Selamat Hari Guru saya ucapkan,
Jasa budimu tetapku kenang

Selamat Hari Guru, semoga bahagia sentiasa!

Ucapan Hari Raya.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum-detam,
Riang gembira di Hari Raya.

Selamat Hari Raya saya ucapkan,
Maaf Zahir dan Batin kepada semua.