Rabu, 16 Februari 2011

Minat saya (2)

Selain daripada berenang dan bermain badminton, saya juga gemar bermain bola,menonton televisyen dan bermain komputer. Saya gemar bermain bola kerana ia amat menarik. Untuk saya, bola adalah satu aktiviti yang sihat. Saya suka menonton cerita 'Spongebob Squarepants' dan pelbagai lagi. Terdapat pelbagai permainan di komputer yang saya gemar bermain. Pada masa lapang saya, saya akan menonton televisyen bersama keluarga saya. Kadang-kala, saya akan menonton wayang bersama keluarga saya. Saya gemar membaca buku yang ditulis oleh Jeff Kinney. Makanan yang saya suka adalah nasi lemak, nasi briyani, nasi ayam dan pelbagai lagi

1 ulasan:

  1. Cikgu tidak sangka yang Zaideen suka menonton cerita 'Spongebob Squarepants'...hahaha! Wah, makanan yang Zaideen suka makan sama dengan Cikgu >_<

    BalasPadam