Rabu, 16 Februari 2011
Minat saya (2)
Selain daripada berenang dan bermain badminton, saya juga gemar bermain bola,menonton televisyen dan bermain komputer. Saya gemar bermain bola kerana ia amat menarik. Untuk saya, bola adalah satu aktiviti yang sihat. Saya suka menonton cerita 'Spongebob Squarepants' dan pelbagai lagi. Terdapat pelbagai permainan di komputer yang saya gemar bermain. Pada masa lapang saya, saya akan menonton televisyen bersama keluarga saya. Kadang-kala, saya akan menonton wayang bersama keluarga saya. Saya gemar membaca buku yang ditulis oleh Jeff Kinney. Makanan yang saya suka adalah nasi lemak, nasi briyani, nasi ayam dan pelbagai lagi
Selasa, 15 Februari 2011
Minat saya
Saya ada pelbagai minat. Saya amat gemar berenang dan bermain badminton. Berenang adalah satu aktiviti yang amat menarik kerana semasa saya berenang, saya boleh bermain bola bersama saudara-saudara saya atau abang-abang saya. Pada pendapat saya, berenang adalah satu latihan yang boleh membuat saya sihat. Saya jarang berenang di Kompleks. Saya hanya berenang apabila saya ke hotel. Permainan badminton ini boleh membuat saya berasa penat, tetapi ia amat menarik dan sihat.
Langgan:
Catatan (Atom)