Isnin, 15 November 2010

Tahun 2010 di WGPS

Kenangan manis

Tahun 2010 adalah tahun yang paling menarik untuk saya.Saya telah mendapat banyak kenangan manis pada tahun 2010. Namun,kawan-kawan saya akan pergi ke kelas yang lain tahun hadapan. Saya bersama kawan-kawan saya akan sentiasa bermain bersama-sama pada waktu rehat. Saya bersyukur untuk mendapat kawan seperti mereka kerana mereka sungguh baik dan akan sentiasa menolong saya. Ada yang akan menolong saya dalam pelajaran dan ada yang menolong saya dalam permainan seperti bola sepak dan bermacam-macam lagi. Tahun 2010 adalah tahun yang paling menarik pada saya

Kenangan pahit

Kenangan pahit dalam 2010 adalah apabila saya telah memarah kawan saya.Saya berasa amat menyesal apabila saya melakukan itu.Ibu bapa saya juga kecewa dengan markah saya.Saya berasa amat sedih pada masa itu.


Pengalaman Saya telah gagal dalam subjek Matematiks beberapa kali. Guru saya yang telah bekerja dengan keras untuk menolong saya untuk lulus dalam peperiksaan,kawan-kawan baik saya telah semua membuat tahun ini amat menarik kepada saya. Ada juga kenangan pahit apabila saya telah memarah kawan saya. Sekolah WGPS telah membawa saya dan kawan-kawan saya pergi berkhemah. Berkhemah di Sarimbun Scouts Camp amat menarik. Kami dapat membuat pelbagai aktiviti di sana. Walaupun makanan di sana tidak begitu sedap,saya tetap menikmati perkhemahan itu. Pada saya aktiviti yang paling menarik adalah aktiviti 'Flying Fox'. Aktiviti ini kelihatan menakutkan tetapi aktiviti ini amat menyeronokkan. Kami juga dibawa untuk menonton persembahan Hari Kebangsaan Singapura. Inilah kenangan dan pengalaman saya pada tahun 2010 ini.

Khamis, 28 Oktober 2010

Bahasa Melayu Lanjutan

Bahasa Melayu Lanjutan amat menarik. Saya dapat mempelajari lebih tentang bahasa Melayu. Walupun Bahasa Melayu Lanjutan ini agak susah, saya tetap hendak belajar dalam kelas ini kerana saya suka Bahasa Melayu Lanjutan. Kadang-kala peperiksaan Bahasa Melayu Lanjutan agak susah untuk saya. Saya telah gagal dalam CA1. Saya tidak berputus asa dan saya telah lulus sekarang. Bahasa Melayu Lanjutan juga dapat menyediakan saya untuk peperiksaan PSLE tahun depan. Guru saya akan sentiasa menolong saya dalam kelas ini. Saya bangga kerana saya dapat memasuk kelas Bahasa Melayu Lanjutan ini.

Rabu, 27 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan

Peperiksaan akhir tahun hampir tiba,saya telah menggunakan masa saya untuk belajar.Saya harus belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan akhir tahun supaya saya dapat memasuk kelas yang baik tahun depan.Saya agak takut terhadap peperiksaan ini.Saya harap saya akan lulus peperiksaan ini dengan cemerlang.

Khamis, 14 Oktober 2010

Ayub,

Kamu harus memberitahu ibubapa kamu tentang jiran kamu itu.Mereka tidak sepatutnya membuat bising.Kamu juga harus memberi perhatian apabila guru sedang mengajar.Jikalau kamu masih tidak boleh faham,jumpa dengan guru kamu untuk mengajar kamu semasa waktu rehat ataupun selepas sekolah.


Salam,
Zaideen

Aku Manusia Moden

Aku tidak bodoh,
aku boleh membaca
aku tidak malas
aku suka belajar

Aku bukan jahat
aku suka menolong
aku bukan begitu pandai
aku suka bahasa Melayu

Aku manusia moden
ingin berjasa kepada negara
menjadi kebanggaan ibu dan bapa.

Khamis, 23 September 2010

Sajak Saya

Ada yang berkata
engkaulah hujan
yang membasahi muka bumi
betulkah,hujan?

Ada yang berkata
engkau turun dengan lebat
membawa air untuk membasahkan bumi
betulkan,hujan?

Aku ingin tahu
apatah daya aku tidak bagus
aku hanya seorang manusia
engkaulah yang menghibur bumi ini
engkaulah inspirasi

Rabu, 15 September 2010

Hujan air batu.

Saya rasa hujan air batu ini amat berbahaya kerana hujan air batu ini boleh mencederakan ramai orang.Saya akan berasa takut dan terperangat apabila hujan air batu ini berlaku.Saya tidak sangka bahawa hujan air batu akan terkena negara Singapura.Saya tidak akan keluar rumah apabila kejadian ini berlaku kerana ia lebih selamat jika saya tinggal di rumah dari terkena hujan air batu.