Aku tidak bodoh,
aku boleh membaca
aku tidak malas
aku suka belajar
Aku bukan jahat
aku suka menolong
aku bukan begitu pandai
aku suka bahasa Melayu
Aku manusia moden
ingin berjasa kepada negara
menjadi kebanggaan ibu dan bapa.
Khamis, 14 Oktober 2010
Khamis, 23 September 2010
Sajak Saya
Ada yang berkata
engkaulah hujan
yang membasahi muka bumi
betulkah,hujan?
Ada yang berkata
engkau turun dengan lebat
membawa air untuk membasahkan bumi
betulkan,hujan?
Aku ingin tahu
apatah daya aku tidak bagus
aku hanya seorang manusia
engkaulah yang menghibur bumi ini
engkaulah inspirasi
engkaulah hujan
yang membasahi muka bumi
betulkah,hujan?
Ada yang berkata
engkau turun dengan lebat
membawa air untuk membasahkan bumi
betulkan,hujan?
Aku ingin tahu
apatah daya aku tidak bagus
aku hanya seorang manusia
engkaulah yang menghibur bumi ini
engkaulah inspirasi
Rabu, 15 September 2010
Hujan air batu.
Saya rasa hujan air batu ini amat berbahaya kerana hujan air batu ini boleh mencederakan ramai orang.Saya akan berasa takut dan terperangat apabila hujan air batu ini berlaku.Saya tidak sangka bahawa hujan air batu akan terkena negara Singapura.Saya tidak akan keluar rumah apabila kejadian ini berlaku kerana ia lebih selamat jika saya tinggal di rumah dari terkena hujan air batu.
Isnin, 2 Ogos 2010
Pencapaian saya.
Saya telah mencapai impian saya untuk melulus subjek sains.Saya selalu gagal pada tahun lepas.Tahun ini,saya dapat melulus peperiksaan sains saya.Ibu bapa saya sungguh bangga dan gembira.Saya mendapat 69 markah dalam peperiksaan sains saya pada tahun ini.Saya harap saya akan melulus semua peperiksaan saya pada tahun 2010.
Isnin, 26 Julai 2010
Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah
Guru kami selalu memberikan kuiz kepada kami.Jikalau kumpulan kami dapat menjawab soalan guru kami,guru kami akan memberikan kami markah.Kadang-kala guru kami akan memberikan kami hadiah.Pada 29 Julai 2010,guru kami telah memberikan kami kuiz di dalam bilik darjah.Dia memberikan satu perkataan yang ada dua makna seperti akal,alamat,awam dan awas.Kuiz itu sungguh menarik,kami dapat membincang tentang perkataan itu dengan rakan-rakan kami.Jikalau makna pertama untuk perkataan itu betul,guru kami akan memberikan kami lima markah.Jikalau kami dapat dua makna betul untuk perkataan yang diberikan,guru kami akan memberikan kami sepuluh markah.Saya rasa Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah ini sungguh bagus kerana kami dapat mempelajari pelbagai perkataan dan makna-maknanya.Saya amat suka dengan kuiz-kuiz yang diberikan oleh guru kami iaitu Cikgu Tuty. :)
Aktiviti "Bawa & Berborak"
Aktiviti 'bawa dan berborak' ini sungguh menarik kerana seorang murid akan membawa barang yang cantik dan menarik.Kemudian murid itu harus menerangkan kenapa dia membawa barang itu.Kawan-kawannya boleh menanya soalan dan murid itu harus menjawab.Aktiviti ini sungguh menarik kerana kami boleh membawa barang yang menarik dan kami dapat menunjukkannya kepada kawan-kawan kami.Saya amat suka dengan aktiviti ini.Kadang-kala guru kami akan menanya soalan kepada murid yang dipilih oleh guru kami untuk menerangkan tentang barang yang dibawanya.
Perkhemahan Bahasa
Perkhemahan bahasa ini akan diadakan untuk murid-murid darjah enam.Perkhemahan ini akan diadakan untuk dua hari.Temanya adalah “Tinjauan Nostalgia”.Mereka akan dapat mencuba pelbagai jenis permainan tradisional seperti tarik guni,guli,pusing-pusing tepung,capteh dan pelbagai permainan lagi.Mereka juga dapat mempelajari lebih tentang bahasa Melayu.Saya rasa perkhemahan bahasa ini sungguh bagus dan menarik kerana murid-murid darjah enam akan mendapat tahu lebih tentang bahasa Melayu apabila mereka sedang bermain permainan tradisional Melayu.
Langgan:
Catatan (Atom)