Isnin, 26 Julai 2010

Bengkel Penulisan Kreatif

Kami telah membuat pelbagai penulisan kreatif.Dalam bengkel penulisan kreatif ini,saya telah mempelajari bagaimana caranya untuk membuat karangan yang bagus.Pelbagai guru yang mengajar kami dalam bengkel penulisan kreatif ini.Saya suka apabila ada bengkel penulisan kreatif kerana ia sungguh menarik.Kami juga dapat mempelajari perkataan yang baru.Saya juga dapat menulis karangan di dewan dengan kawan-kawan saya.Bengkel penulisan kreatif sungguh menarik.

Pertandingan Blogging

Tahun ini,kami harus membuat blog mengenai 'Bahasa Kita,Gunakanlah'.Guru kami telah menyuruh kami untuk menulis pelbagai benda tentang bahasa Melayu.Saya rasa pertandingan ini sunnguh menarik kerana kami dapat mempelajari tentang bahasa Melayu.Saya harap saya akan menang pertandingan ini.

Lawatan pendidikan ke Brunei Darussalam

Saya tidak ikut rakan-rakan saya ke brunei Darussalam.Rakan-rakan saya pergi ke pelbagai tempat di Brunei seperti Royal Regalia,Masjid Sultan Hassanal Bolkiah,Sekolah Rendah Junjongan dan pelbagai lagi.Mereka juga dapat bermain pelbagai aktiviti seperti menarik upih,membuat layang-layang dan dapat mencuba menerbangkan layang-layang yang dibuat mereka tadi.Mereka diajar cara-cara membuat serbuk sagu yang dijadikan ambuyat.Mereka telah mempelajari menganyam bakul dan juga membuat kalung kunci dan sebagainya.Rakan-rakan saya memberitahu saya yang lawatan pendidikan ke Brunei ini sungguh menarik!

Selasa, 20 Julai 2010

Hari Keharmonian Kaum

Salah satu guru dari sekolah ini telah menceritakan kami tentang Hari Keharmonian Kaum.Kami dapat mempelajari lebih tentang orang Melayu,Cina dan India.Melayu akan ada dua Hari Raya iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.Pada Hari Raya Puasa,kami dapat memakan pelbagai jenis makanan seperti ketupat,rendang,sambal goreng dan kuih-muih.Kuih-muih seperti kuih tat dan pelbagai lagi.Orang lelaki akan memakai baju Melayu bersama songkok dan orang wanita akan memakai baju kurung.Orang cina akan menyambut Tahun Baru Cina.Orang wanita akan memakai 'cheongsam'.Terdapat pelbagai jenis makanan orang Cina.Orang India akan menyambut Deepavali.Mereka akan memakai baju sari.Terdapat juga pelbagai makanan dan kuih-kuih.Makanan tersebut adalah nasi briyani,roti prata dan pelbagai jenis makanan lagi.Makanan-makanan semuanya enak.Itulah Hari Keharmonian Kaum!

Ahad, 18 Julai 2010

Pertandingan Piramida

Pertandingan ini sungguh menarik.Dua orang akan bermain permainan ini.Satu orang akan menduduk di satu kerusi yang disediakan dan akan menerangkan perkataan di skrin.Seorang lagi akan menduduk di lagi satu kerusi dan harus meneka perkataan yang diterangkan oleh kawannya tadi.Terdapat dua orang dalam satu kumpulan,kumpulan yang mendapat markah yang tinggi akan menang.Setiap kumpulan akan diberikan satu minit untuk satu pusingan.

Ahad, 11 Julai 2010

Permainan Sahibba

Dalam aktiviti Sahibba,kita dapat mempelajari pelbagai perkataan apabila bermain Sahibba.Setiap orang harus membuat perkataan apabila mereka sudah mengambil tujuh huruf dari sebuah beg kecil.Orang yang memulakan dahulu harus mengambil lapan perkataan.Orang yang dapat markah yang tertinggi akan menang permainan itu.

Rabu, 30 Jun 2010

Aktiviti berbahasa Melayu

Terdapat beberapa aktiviti berbahasa Melayu.Kami dapat bermain Sahibba.Di dalam permainan itu,Kami boleh mempelajari perkataan baharu daripada orang lain.Permainan Sahibba sungguh menarik apabila kami ada empat orang bermain.Terdapat juga pertandingan berlakon.Kami harus membuat persembahan tentang bahasa Melayu.Kami juga ada pertandingan tarian.Kami harus menaridi atas pentas.Ada juga aktiviti menulis karangan.Kami dapat mempelajari cara-cara menulis sebuah karangan.Semua aktiviti-aktiviti berbahasa Melayu di sekolah ini sungguh menarik.