Pada cuti sekolah bulan Jun, saya telah pergi ke Malaysia untuk bercuti bersama keluarga saya. Kami tinggal di sebuah hotel yang bernama Hotel Pan Puteri Pacific. Hotel itu sungguh cantik dan selesa. Tidak jauh daripada hotel itu, terdapat sebuah tempat membeli-belah. Kami memakan tengah hari di sana. Terdapat pelbagai jenis lauk-pauk yang disediakan dan lamb chop di sana sungguh besar hingga saya harus berkongsi dengan abang saya.
Kami berada di Malaysia untuk 3 hari dan 2 malam. Bilik kami terletak di tingkat eksekutif iaitu tingkat 13 ke atas. Terdapat sebuah kafe di tingkat 16. Tempat itu sungguh senyap dan relaks. Makanan ringan di sana sungguh sedap!