Isnin, 15 November 2010

Tahun 2010 di WGPS

Kenangan manis

Tahun 2010 adalah tahun yang paling menarik untuk saya.Saya telah mendapat banyak kenangan manis pada tahun 2010. Namun,kawan-kawan saya akan pergi ke kelas yang lain tahun hadapan. Saya bersama kawan-kawan saya akan sentiasa bermain bersama-sama pada waktu rehat. Saya bersyukur untuk mendapat kawan seperti mereka kerana mereka sungguh baik dan akan sentiasa menolong saya. Ada yang akan menolong saya dalam pelajaran dan ada yang menolong saya dalam permainan seperti bola sepak dan bermacam-macam lagi. Tahun 2010 adalah tahun yang paling menarik pada saya

Kenangan pahit

Kenangan pahit dalam 2010 adalah apabila saya telah memarah kawan saya.Saya berasa amat menyesal apabila saya melakukan itu.Ibu bapa saya juga kecewa dengan markah saya.Saya berasa amat sedih pada masa itu.


Pengalaman Saya telah gagal dalam subjek Matematiks beberapa kali. Guru saya yang telah bekerja dengan keras untuk menolong saya untuk lulus dalam peperiksaan,kawan-kawan baik saya telah semua membuat tahun ini amat menarik kepada saya. Ada juga kenangan pahit apabila saya telah memarah kawan saya. Sekolah WGPS telah membawa saya dan kawan-kawan saya pergi berkhemah. Berkhemah di Sarimbun Scouts Camp amat menarik. Kami dapat membuat pelbagai aktiviti di sana. Walaupun makanan di sana tidak begitu sedap,saya tetap menikmati perkhemahan itu. Pada saya aktiviti yang paling menarik adalah aktiviti 'Flying Fox'. Aktiviti ini kelihatan menakutkan tetapi aktiviti ini amat menyeronokkan. Kami juga dibawa untuk menonton persembahan Hari Kebangsaan Singapura. Inilah kenangan dan pengalaman saya pada tahun 2010 ini.